JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mencadangkan kerjasama selanjutnya dengan Amerika Syarikat (AS) menerusi tumpuan terhadap kerjasama ekonomi yang lebih mendalam melalui perjanjian kerangka pelaburan dan perdagangan serta libat urus ekonomi yang meluas.
Beliau menegaskan pentingnya menyokong pelaburan langsung asing, mengembangkan perusahan mikro, kecil dan sederhana ke peringkat antarabangsa, mempromosi pertumbuhan hijau untuk kemampanan iklim dan memastikan penggunaan sumber yang cekap dan keterjaminan makanan.
Cadangan Perdana Menteri dikemukakan semasa Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-11 di sini, dihadiri Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dan dipimpin Presiden Indonesia Joko Widodo.
Dalam dunia digitalisasi, beliau menggalakkan AS supaya bekerjasama dengan ASEAN untuk memajukan transformasi digital di rantau ini, meliputi kesalinghubungan infrastruktur digital, 5G selain daripada peraturan dan dasar data digital.
Mengenai tenaga, Anwar berkata ASEAN menyasarkan untuk menjana 23 peratus tenaga primer daripada tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025 dan berusaha mendapatkan sokongan daripada AS untuk mencapai sasaran itu.
Malaysia juga menyambut baik Perkongsian Strategik Komprehensif AS, terutamanya ucapan pemimpin di sidang kemuncak itu untuk memajukan Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik semasa sidang kemuncak ini.
"Ini adalah amat penting untuk negara-negara yang komited kepada prinsip demokrasi dan kebertanggungjawapan," katanya.
Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada yang dihadiri Justin Trudeau, Anwar berkata: "Kanada merupakan rakan yang sangat boleh diharapkan," dan menyatakan Trudeau sememangnya amat peka terhadap pendirian ASEAN, seiring dengan rakan sekutunya dari Barat.
"Justeru kami berminat untuk kerjasama selanjutnya dalam bidang ini, termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dan isu perubahan iklim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Malaysia juga menyambut baik Perkongsian Strategik Komprehensif AS, terutamanya ucapan pemimpin di sidang kemuncak itu untuk memajukan Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik semasa sidang kemuncak ini. - Foto BERNAMA
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Measat, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
25 Tahun PKR: Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan 'kuasa' yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
PM Anwar gesa respons bersama secara global semasa dunia berdepan landskap perpecahan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru tindak balas bersepadu secara global ditampilkan semasa dunia berhadapan dengan landskap global yang semakin berpecah-belah.